Sunday, March 20, 2011

Paintball!!!



Event: BON 85 Paintball.

Venue: Paintball Valley, Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam.
Date: 19 March 2011.
Time: 10.00am-3.00pm.

Event yang ditunggu-tunggu, paintball!!! Acara dimulakan dengan makan breakfast beramai-ramai kat McD Seksyen 3. Elok sangat la tu nak paintball makan McD. Potet cakap Fatin and family join jugak acara paintball. Cubaan menipu. Biasalah Potet.

Setelah siap isi perut tukar baju buang pape yang patut, kami gerak ke Bukit Cerakah. Some of us dah tunggu kat sana. But wait. Fatin pun ada siyot! Sekali with hubby and anak kesayangan yang sungguh comel. Ternyata Potet berkata benar untuk kali pertama. Syabas Potet.

List of attendees:

Paintballers
1. Apad
2. Potet
3. Husaam
4. Pijol
5. Munet
6. Mokcik

7. Syazmil
8. Icoi
9. Azry Hamid
10. Acap
11. Jijah

12. Jana Jane
13. Yume Kecum

Cheerleeders
14. Shera
15. Rafa
16. Shahril Alizam
17. Fatin and family


Kami masuk entrance Bukit Cerakah around 10.30am. Tengok queue untuk naik 'bas kecik' sangatlah panjang, maka Shera pun suggest untuk berjalan kaki sahaja, dekat je katanya. So hanya Fatin and co. je la yang naik 'bas kecik' while kami 14 orang menapak menuju ke tempat kejadian. 14? Oh lupa Rafa and Shahril tidak kelihatan masa ni. Kontroversi? Sensasi!

Entrance Bukit Cerakah. Mekap di muka masih ada

300 meter berjalan - Ada 'bas kecik' lalu. Fatin and co. ada kat dalam. Kami hanya mampu melambai.

500 meter berjalan - Hujan. Gerimis mengundang. Husaam atau nama timangan 'Sam' berkata, "Ah setakat hujan rintik-rintik macam ni, no hal lah!"

800 meter berjalan - Gerimis kuasa dua. Hujan tapi masih tak lebat. Sam berkata, "Ah hujan camni, ni takde hal ni. Teruskan!"

Sam: Setakat hujan camni, apadehal?

1000 meter berjalan - Hujan lebat dah turun. Sam diam. Kami terus lari cari sheltered area. Baru kami sedar yang group kami dah pecah dua. Sambil tunggu the second group sampai, ada 'bas kecik' lalu. Fatin and co. kat dalam, dah nak balik dah. Mokcik pulak nampak mamat serupa Batek memakai jersi kelab teragung Man United dalam bas tersebut.


Ketibaan second group yang diterajui oleh Potet

After that kami teruskan perjalan and sampailah ke Paintball Valley, settle registration, payment and briefing, and getting ready to gear up. Essential gears: 1.Protective vest 2.Protective mask 3.Marker 4.Pallets

We were given 500 pallets each. Selagi pallets tak habis selagi tu lah boleh main. Kami bahagi dua team, team Labu dan team Mat Yunoh.

Ammo distribution

Pijol dan palletsnye

Guns loaded and ready for action!!!

Team Labu
1. Pijol (C)
2. Syazmil
3. Apad
4. Icoi

5. Munet
6. Mokcik

7. Yume Kecum


Team Mat Yunoh
1. Husaam (C)
2. Potet
3. Azry Hamid
4. Acap
5. Jijah
6. Jana Jane

Da guys. From left: Syazmil, Husaam, Apad, Azry Hamid, Potet, Acap, Pijol, Shahril Alizam

Da gals. From left: Jijah, Yume Kecum, Mokcik, Icoi, Munet, Jana Jane

Da team

First Mission: Training Mission
Objective: To familiarise with equipments and marshall commands
Time limit: 10 minutes

Second Mission: Raise the Flag
Objective: To raise team flag and defend until time expires
Time limit: 15 minutes

Third Mission: Capture the Flag
Objective: To seize team flag and hold until time expires
Time limit: 15 minutes

Forth Mission: All Out
Objective: To shoot as many enemies until ammo runs out
Time limit: No time limit

Mission briefing

Pic in one of the arenas

Kami sempat main Mission #1 and Mission #2 before lunch break. Cuaca mendung, sekejap-sekejap hujan renyai sekejap-sekejap berhenti, menyebabkan mask kami 'fogging', but still did not spoil our paintball game. After lunch kami sambung dengan Mission #3 and Mission #4. Missions deployed in various arenas, but kami dapat cover 3 out of 10 arenas available. Here are some of the pics of us in action. Credit to Rafa!

Marshall (biru muda) masih mampu tersenyum walaupun telah ditembak oleh Jijah

Mangsa peperangan a.k.a Hero

Kempunan nak naik menatang ni, naik la time balik. Psst, korang tengok mamat belakang tu, middle finger bai

Lasertag!!!

Event: BON 85 Lasertag.
Venue: Galactic Laser, Midvalley Megamall.
Date: 15 February 2011.
Time: 11.30am-2.30pm.

Terpengaruh dengan Barney Stinson dalam series 'How I Met Your Mother', kami decide untuk main lasertag. In short, lasertag ni ialah menembak team lawan dengan pistol laser untuk kumpul points sebanyak mungkin.

List of attendees:
1. Apad
2. Husaam
3. Acap
4. Syazmil
5. Taza
6. Azry Hamid

Kami start around 11.30am. Kami masuk deploy hub untuk briefing before start mission. Di sinilah kami berkenalan dengan sekumpulan kids yang diketuai oleh budak bajet bagus yang sangat annoying tahap cipan. That's our prime target. Tapi nasib ada a group of mat sallehs aweks cuns menarik tertarik tapi dipercayai adalah minors. That's our secondary target.

And then kami masuk armory where we were equipped with suits and laser guns, and divided into teams. Suit up!

Geng-geng mata robot

Salah seorang budak geng annoying. "Siap ko!"berkata Husaam di dalam hati

The rules are simple, we will get points by shooting the targets on the opponents. Three consecutive hits will grant you rapid fire. Once being shot, the light on your suit will be off for 7 seconds for you to regroup, at the same time disengaging your laser gun as well.

First mission tu geng kami terpaksa berpecah, masuk je combat arena masing-masing cari port mana yang best. First time main memang agak lost jugak la, tambah dengan gelap so kami redahkan aje. Tembak je sape-sape yang patut. Husaam pulak mencari ular mistik.

So after every mission habis, akan ada result on the scoreboard kat luar.

Result for our First Mission

Second Mission kami dapat satu team. Team Biru. Satu group dengan kami ialah pasangan adik beradik, Yap Chin Tong dan Hazel Yap, budak-budak sekolah rendah. Little that we now that diorang adalah otai-otai Lasertag. As a result, team kami chempien mission tersebut. Hail Yap Sibblings!!!

Result for our Second Mission. Hail Yap Sibblings!

Third Mission, and our last. Kekal Blue Team. Strategi kami, secure the top bunker. Start je mission kami terus redah naik atas. Tapi..... Team hijau dah naik dulu! Damn. Tukar plan. Belasah budak anoyying. Haha puas. Kami dapat second place. Geng budak annoying loser.

Result for our Third Mission - 2nd place

All-Terrain Vehicle (ATV) Ride

Event: BON 85 ATV Ride.
Venue: ATV Adventure Ride Park, Kampung Kemensah.
Date: 05 February 2011.
Time: 5.00pm-6.30pm.

Pada tanggal 5 Februari 2011, BON85 telah menganjurkan 'trial' untuk merealisasikan aktiviti outdoor 'as a way to catch up with friends' selain acara pergi ke kenduri kahwin kawan-kawan. Due to short notice, kami berjaya mengumpul 3 orang dari ahli BON85.

List of attendees:
1. Apad
2. Syazmil
3. Acap
4. Adik Apad
5. Member Syazmil

Kampung Kemensah is located in Ampang, abount 20 mins drive from Zoo Negara. And the drive itself is quite 'ATV' jugak la, jalan belok-belok, lebar jalan 1½ lane. Nasib baik jalan tar.

Banyak pakej yang disediakan, ranging from RM50-RM300, difference on its track length and duration. Kami amik yang sedang-sedang.

Ni la rupa ATV kalau ada yang tak tau

Kami start dalam pukul 5 lebih, starting dengan 'warm-up' drive sekitar main camp ATV, biasakan dengan throttle, handling, front and rear brakes. After that barulah kami masuk hutan.

Starting-starting kami dah di'introduce'kan dengan slope yang sangat steep, adalah 45 degrees jugak la. Perghhh, horror jugak. After that track menjadi agak ok, ada part yang lebar, ada part sempit, ada yang steep, ada yang biasa, elak dahan-dahan pokok yang terkeluar, masuk lopak air, lalu jambatan sempit, et cetera. Challenging.

Stok buluh pun banyak

Lebih kurang ½jam kendian, sampailah kami kat sebuah air terjun yang cantik lagi indah permai. Ok tipu. Air terjun la sangat. Takpelah since kami bayar yang sedang-sedang, dapat pun air terjun yang sedang-sedang lah, ye dak?

Kisah air terjun yang 'sedang-sedang'

Lepas celup-celup pape yang patut kat 'air terjun' kami pun blah la. Journey balik tu masing-masing dah berlagak pro. Pecut, brake, pecut, brake, drift kanan, drift kiri, macam bagus. Tapi layan. Sampai kem awal.

Overall kami sangat berpuas hati, after this mungkin kami akan go for the more challenging track. Adios.